nAk IKLAN produk anda d sini...

Sila berhubung dengan saya: 019 2911266

umariqbal_08@yahoo.com
umariqbal911@gmail.com



Cari apa yang di cari di sini

Apa yang ada di sini lagi...

Senin, 27 Juni 2011

Salak.

SALAK.



Pokok Salak


BUNGA JANTAN DAN BETINA


PENGENALAN
Pokok salak tumbuh dengan subur di bawah lindungan tumbuhan iaitu dalam keadaan yang lembap dan teduh.
Buah Salak mempunyai rasa yang manis atau masam-masam manis dan kelat sedikit biasanya dimakan dalam keadaan segar tetapi boleh juga dibuat jeruk.
Pokok salah terdiri daripada pokok jantan (tidak berbuah) dan betina. Pokok salah boleh membuahkan hasil selepas 4 tahun di tanam.

PENJAGAAN POKOK SALAK

SALAK dikategorikan sebagai pokok nadir (eksotik) yang semakin popular ditanam terutama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.

Permintaan terhadap buah salak yang semakin meningkat memberikan peluang kepada petani dan pengusaha untuk menambahkan pendapatan daripada usaha tani mereka.


Pokok salak terdiri daripada pokok jantan (tidak berbuah) dan betina. Pokok salak dijangka mula mengeluarkan buah setelah tiga hingga empat tahun ditanam.
Buahnya biasa dimakan segar namun ada pengusaha industri asas tani mula menjerukkan buah salak agar dapat dipasarkan lebih lama dan meluas.
Pembiakan salak adalah secara semaian biji dan antara klon yang popular ditanam adalah:
  • SJ15.
  • SJ17.
  • SJ34.
  • SJ36.
  • SJ39.
  • SJ40.
Namun MARDI telah memperkenalkan klon baru iaitu:
  • ST1.
  • ST2.
  • ST3.

Keistimewaan klon salak ST1, ST2 dan ST3
Pada keseluruhannya ketiga-tiga klon baru ST1, ST2 dan ST3
adalah lebih berkualiti berbanding dengan salak tempatan
yang dibiak melalui biji benih. Di samping menghasilkan buah
yang seragam, kualiti buah yang dihasilkan jauh lebih baik.
Rasa buah lebih manis dengan isi yang lebih tebal. Klon-klon
ST ini mempunyai cita rasa tiga dalam satu: manis, masam
dan sedikit kelat serta mempunyai isi yang lebih tebal dan
lebih berjus (juicy).
Keistimewaan salak ST1, ST2 dan ST3 ialah semua
bahan tanaman yang dikeluarkan ialah pokok betina. Dengan
ini pengusaha dapat memastikan ladang yang diusahakan
mempunyai nisbah 90:10 (betina:jantan). Sebanyak 10%
pokok jantan diperlukan sebagai pokok pendebunga. Ini dapat
menjamin peningkatan hasil berbanding dengan penggunaan
biji benih tempatan yang peratus pokok jantannya tinggi
(50%). Peratus pokok jantan yang tinggi ini sudah pasti
menjejaskan hasil.
Dengan menanam klon ST yang tulen, kualiti buah adalah
terjamin dan hasil buah dapat ditingkatkan. Penanam klon
terpilih ini dijangka akan dapat membantu industri salak
tempatan. Kualiti buah yang baik ini boleh mendapat harga
pasaran yang lebih baik dan seterusnya menjadikan industri
salak tempatan lebih berdaya maju.

Klon yang di hasilkan oleh Mardi dibiakkan secara pembiakan tampang menggunakan teknik aruhan.
Melalui pembiakan tampang, jantina pokok salak dapat dipastikan dan menghasikan buah berkualiti tinggi serta seragam. 
Pada amnya pendebungaan pokok salak berlaku secara semula jadi melalui angin dan serangga.
Bagi pengeluaran secara besar-besaran, pendebungaan berbantu perlu dilakukan bagi meningkatkan kuantiti buah.



Klon Mardi


Cari klon baka terpilih yang dinilai sebagai berpotensi dan sesuai untuk ditanam secara komersial ialah klon ST1, ST2 dan ST3.
Usaha perlu dijalankan bagi membiak klon ini dan disebar kepada petani untuk dikomersialkan.

Klon ST1

Asal: Klon ST1 berasal dari kawasan petani di Kpg. Dendang, Ulu Dungun, Terengganu. Di peringkat awal klon ini dibiak menggunakan teknik keratan batang dan kemudian diteruskan dengan teknik aruhan anak sulur.

Ciri pokok:
Pokok ST1 boleh mencapai ketinggian sehingga 5.5 m. Lilitan batang ialah 94 cm, paling besar berbanding dengan klon lain dengan saiz pelepah mencapai 122 cm lebar dan 501 cm panjang.

Bentuk bunga: 
Klon ST1 menghasilkan 5 jambak dengan 16 kuntum bunga/tahun. Klon ini juga mengeluar kuntum bunga yang terbesar (26 x 60 mm) antara 3 klon terpilih.
Tangkai bunga agak pendek berbanding dengan klon lain iaitu 286 mm dan bunganya berwarna merah tua.

Ciri buah: 
Klon ST1 mempunyai buah yang berwarna perang kemerahan berbentuk bujur ke panjang dengan berat 80 g sebiji. Saiz buah ialah 4-6 cm lebar dan 8-10 cm panjang. Isi buah berwarna putih krim, manis dan berjus dengan sedikit kelat. Rasa kelat akan hilang apabila mencapai peringkat matang sepenuhnya. Kadar brix antara
16-20% dengan peratus perolehan buah mencapai 63%.

Hasil: 
Klon ST1 menghasilkan 250-300 biji sepokok/tahun dan boleh mencapai sehingga 500 biji sepokok/tahun (40 kg/pokok).

Klon ST2

Asal: Klon ST2 juga berasal dari kawasan petani di Kg. Dendang, Ulu Dungun, Terengganu. Klon ini dibiak menggunakan kaedah keratan batang dan kemudian
diteruskan dengan teknik aruhan.

Ciri pokok: 
Pokok ST2 boleh mencapai ketinggian sehingga 6 m. Lilitan batang ialah 85.8 cm dengan saiz pelepah mencapai 106 cm lebar dan 540 cm panjang.

Bentuk bunga: 
Klon ST 2 menghasilkan 4 jambak dengan 15 kuntum bunga/tahun. Klon ini juga mengeluar kuntum bunga yang terkecil (24 x 47 mm) antara 3 klon terpilih. 
Tangkai bunga adalah yang terpanjang (414 mm) berbanding dengan 2 klon lain.
Bunga berwarna perang kekuningan.

Ciri buah: 
Klon ST2 mempunyai buah yang berwarna perang kemerahan di peringkat awal tetapi bertukar kepada perang kekuning apabila mencapai peringkat matang. Berbentuk bulat ke bujur dengan berat 75 g sebiji. Saiz buah ialah 4–6 cm lebar dan 6–8 cm panjang. Isi buah berwarna putih krim, manis dan berjus dengan kadar brix antara 15–18%. Peratus perolehan buah ialah 64%.

Hasil: 
Klon ST2 menghasilkan 200-250 biji/pokok/tahun dan boleh mencapai tahap maksimum sehingga 350 bij/pokok/ tahun (26 kg/pokok/tahun).

Klon ST3

Asal: Klon ST3 berasal dari kawasan petani di Kg. Dendang, Ulu Dungun, Terengganu. Di peringkat awal klon ini dibiak 
menggunakan kaedah keratan batang dan kemudianditeruskan dengan kaedah aruhan anak sulur.

Ciri pokok: 
Pokok ST3 boleh mencapai ketinggian sehingga 5.7 m. Lilitan batang ialah 56.6 cm dengan saiz pelepah mencapai 103 cm lebar dan 452 cm panjang, iaitu paling kecil antara 3 klon terpilih.

Bentuk bunga: 
Klon ST3 menghasilkan 6 jambak dengan 13 kuntum bunga/tahun. Klon ini juga mengeluarkan kuntum bunga yang bersaiz 24 x 56 mm. 
Tangkai bunga paling pendek (262 mm) berbanding dengan 2 klon lain. Bunga berwarna perang ke merah

Ciri buah: 
Klon ST3 mempunyai buah yang berwarna kuning atau perang kemerahan apabila matang. Bentuk buah sangat dipengaruhi oleh bilangan buah/tandan. Bentuk buah akan menjadi terlalu tirus jika bilangan buah/tandan terlalu lebat. Buah berbentuk bujur ke panjang dengan berat 68 g sebiji. Saiz buah ialah 3–5 cm lebar dan 6–8 cm panjang. Isi buah berwarna putih krim, manis dengan sedikit kelat dengan kadar brix antara 17–19%. Peratus perolehan buah ialah 69%.

Hasil: 
Klon ST3 menghasilkan 200–250 biji/pokok dan boleh mencapai sehingga 350 biji /pokok/tahun (24kg/pokok/tahun).


TEKNIK ARUHAN SULUR


Teknik pembiakan tampang salak menggunakan kaedah aruhan sulur merupakan satu penemuan baru dalam pembiakan tampang salak.


Walaupun penemuan ini telah berjaya dihasilkan pada tahun 1996, teknik ini hanya dapat disempurnakan pada tahun 2000.


Teknik pembiakan tampang salak melalui kaedah aruhan ini dilaksanakan berasaskan konsep 'removal of apical dominance' dengan membunuh sel -sel meristem pokok induk untuk menggalakkan pengeluaran sulur menggunakan minyak diesel. Pokok induk ialah pokok salak yang telah dikenal pasti jantina dan kualitinya, berumur 5 -8 bulan, saiz batang 2-3cm dengan ketinggian 20-30cm. Teknik ini melibatkan 3 peringkat utama iaitu aruhan, pemisahan dan penutupan.




 Aruhan:
Di peringkat aruhan, pucuk yang baru tumbuh hendaklah dicabut. Minyak diesel 2-3 titik(0.2 ml) dimasukkan melalui lubang yang terbentuk hasil daripada cabutan tersebut dengan menggunakan paipet 5ml. Titisan minyak diesel ini cukup untuk memastikan sel pada bahagian meristem dan membantutkan pertumbuhan salak. 
Pertumbuhan yang terbantut akan merangsang pengeluaran anak sulur baru. Pokok salak akan mula mengeluarkan sulur 2-3 bulan selepas aruhan.




Pemisahan:
Sulur boleh dipisahkan dan dipindahkan kedalam polibeg yang mengandungi campuran tanah apabila matang ( berakar berumur 4 -6 bulan di pokok).
Kebiasaanya pokok akan mengeluarkan 5-10 sulur sepokok.


Proses pemindahan sulur adalah seperti yang berikut:
  1. Mengeluarkan rumpun salak baru dari bekasnya.
  2. Memotong sebahagian daripada akarnya.
  3. Membersihkan bahagian akar bagi memudahkan proses pemindahan.
  4. Memisahkan sulur dengan menggunakan pisau yang tajam.


Penutupan dengan plastik:
Selepas pemisahan sulur disemai ke dalam poli beg yang mengandungi medium yang sesuai, Poli beg yang disemai dengan sulur disiram air sebelum di tutup dengan plastik lut sinar bagi mengurangkan kadar evapotranspirasi.
Siraman pada plastik penutup hendaklah di lakukan setiap hari pada2 minggu yang pertama bagi mengurangkan suhu dan kadar evapotranspirasi. Penutup plastik boleh  dibuka selepas sulur berpucuk ( 2-3 bulan). 
Proses pembiakan ulangan seterusnya boleh di lakukan apabila sulur-sulur tersebut berumur 6 -8 bulan.



MEDIUM PENANAMAN


Media yang terbaik bagi sulur salak aruhan adalah tanah 3:2:1 (tanah:pasir:bahan organik) yang dilapis di atasnya dengan pasir. campuran ini memberikan kejayaan 99 % kejayaan untuk sulur aruhan untuk terus membesar di dalam poli beg berbanding campuran tanah sahaja.
Ladang Salak

POKOK SALAK
Nama saintifik Salasa adulis

Alam:Plantae
Bahagian:Magnoliophyta
Kelas:Liliopsida
Aturan:Arecales
Keluarga:Arecaceae
Genus:Salacca
Spesies:edulis





4 komentar:

Anonim mengatakan...

Tempat jual anak salak dimana?.. tau dak...

Unknown mengatakan...

wasap.my/60139720255

Syazwan mengatakan...
Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.
Syazwan mengatakan...

Lebih elok sekiranya pokok dtanam secara serumpun atau tunggal?